Elak lapor polis, saman guru

Tindakan ibu bapa membuat laporan polis dan menyaman guru perludielakkan daripada menjadi budaya kerana ia hanya memberi tekanankepada semua pihak terbabit.

 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata tindakanmenyaman itu bukan saja memberi tekanan kepada guru dan pelajar,tetapi juga ibu bapa berkenaan.

 

"Kalau boleh, kita selesaikan secepat mungkin perkara berbangkitpada peringkat sekolah, sebab itu Menteri Pendidikan (Datuk SeriMahdzir Khalid) cadangkan ia diselesaikan pada peringkat sekolahmelalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sebagainya, ini yangterbaik.

 

 

"Bila sudah jadi kes mahkamah, semua pihak akan merasatekanannya, termasuk ibu bapa itu sendiri. Sebab itu kita beritahuPejabat Pendidikan Daerah dan sekolah, selesaikan pada peringkatmereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, DatukNur Jazlan Mohamed, yang mendedahkan ada ibu bapa membuat laporanpolis dan menggunakan peguam terhadap guru di seluruh negara hampirsetiap minggu.

 

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penganjuran Program JelajahPendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Jelajah Pendidikan KPM)2018.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan,Hazran Mohamed dan Pengurus Besar Bahagian Pendidikan Kumpulan TheNew Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Farah Ezrin MohdRashidi.

 

廣告-請繼續往下閱讀

AMIN (lima dari kanan) bersama Hazran (lima dari kiri) dan FarahEzrin bergambar selepas majlis penyerahan poster Jelajah PendidikanKPM 2018 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

 

Sementara itu, Amin berkata Jelajah Pendidikan KPM 2018 akanmenjadi pentas terbaik kepada masyarakat terutama di luar bandar,untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem pendidikan negara.

 

Katanya, program turun padang itu akan menumpukan kepadakejayaan bidang pendidikan dan keberhasilan murid melalui Gelombang1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 

"Siri jelajah ini akan dilaksanakan di enam lokasi terpilihuntuk memberi tumpuan kepada kawasan yang memerlukan lebihperhatian.

 

"Jelajah ini akan bermula di Kajang, Selangor pada 8 dan 9Februari depan sebelum diteruskan di Langkawi (22-24 Februari);Pasir Puteh, Kelantan (8-10 Mac); Teluk Intan, Perak (30 Mac-1April); Temerloh, Pahang (13-15 April) dan Tawau, Sabah (20-24April).

 

"Menerusi program ini, masyarakat akan didedahkan denganpelbagai maklumat terkini, malah pengunjung juga boleh bertanyakanpelbagai soalan berkaitan pendidikan sama ada pada peringkatprasekolah sehingga pendidikan menengah," katanya.

 

Tambah Amin, jelajah itu turut menerapkan konsep Strategi LautanBiru Kebangsaan (NBOS) yang membabitkan pelbagai agensi kerajaandan swasta bagi menyediakan perkhidmatan secara terus kepadamasyarakat.

 

"Antara agensi terbabit termasuk Kumpulan The New Straits TimesPress (M) Bhd (NSTP); Polis Diraja Malaysia (PDRM); JabatanImigresen Malaysia (JIM); Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan YayasanGuru Tun Hussein Onn," katanya