Warga pendidik perlu jaga etika

Warga Kementerian Pendidikan perlu menjaga etika sebagaipenjawat awam dan tidak menunjukkan secara terbuka sikap menentangkerajaan atau menyokong parti pembangkang.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliautahu ada dalam kalangan pendidik termasuk guru besar dan guru yangmenyokong pakatan pembangkang sehingga menjawat jawatan pentingdalam parti berkaitan, yang disifatkan beliau tidak harusberlaku.

 

 

"Jumlahnya tidak ramai tapi mereka menunjuk-nunjuk. Kalau jadiguru besar tapi ada jawatan politik dalam pembangkang, itu terlaluketara. Tidak bolehlah menunjuk.

 

 

"Jangan terikut-ikut watak yang membenci ini. Kita tidak sukapada suatu perkara tapi kena simpan sebagai pegawai kerajaan.

 

"Jangan susahkan diri dan pentadbiran. Ikut peraturan sediaada," katanya pada sidang media selepas menyampaikan PerutusanTahun Baharu 2018, Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk P Kamalanathan; KetuaSetiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua PengarahPelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

 

Berhubung isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untukbersekolah, Mahdzir berkata, golongan itu dibenarkan bersekolahdalam tempoh dua tahun, sementara proses dokumentasi dengan pihakberwajib selesai.

 

"Jika tidak dapat (selesai), kita bagi peluang untuk melanjutkantempoh persekolahan. Maknanya mereka tetap bersekolah,"katanya.

廣告-請繼續往下閱讀